Doa Nabi Ibrahim A.S Dalam Surah Asy Syu’araa Ayat 83-89
Doa Nabi Ibrahim A.S:
رَبِّ هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ
Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh.
وَاجْعَل لِّي لِسَانَ صِدْقٍ فِي الْآخِرِينَ
Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian.
وَاجْعَلْنِي مِن وَرَثَةِ جَنَّةِ النَّعِيمِ
Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim.
وَاغْفِرْ لِأَبِي إِنَّهُ كَانَ مِنَ الضَّالِّينَ
Dan ampunkanlah bagi bapaku, kerana sesungguhnya ia adalah dari orang-orang yang sesat.
وَلَا تُخْزِنِي يَوْمَ يُبْعَثُونَ
Dan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula.
يَوْمَ لَا يَنفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ
Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun.
إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ
Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik).
PAUTAN