Doa Nabi Musa A.S Meminta Ampunan Untuk Kaumnya

Doa Nabi Musa A.S Meminta Ampunan Untuk Kaumnya Dalam Surah Al A’raaf Ayat 155-156

Doa Nabi Musa A.S Meminta Ampunan Untuk Kaumnya:

 ۖرَبِّ لَوْ شِئْتَ أَهْلَكْتَهُم مِّن قَبْلُ وَإِيَّايَ
 ۖأَتُهْلِكُنَا بِمَا فَعَلَ السُّفَهَاءُ مِنَّا
 إِنْ هِيَ إِلَّا فِتْنَتُكَ تُضِلُّ بِهَا مَن
 ۖتَشَاءُ وَتَهْدِي مَن تَشَاءُ
 ۖأَنتَ وَلِيُّنَا فَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا
وَأَنتَ خَيْرُ الْغَافِرِينَ

Wahai Tuhanku! Jika Engkau kehendaki, Engkau boleh binasakan mereka bersama-sama denganku sebelum ini. Adakah Engkau hendak membinasakan kami disebabkan apa yang telah dilakukan oleh orang-orang yang bodoh di antara kami? (Apa yang mereka telah lakukan) itu hanyalah cubaanMu. Dengan cubaan itu Engkau sesatkan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau beri petunjuk kepada sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkau jualah Pelindung kami; oleh itu ampunkanlah kami dan berilah rahmat kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi ampun

وَاكْتُبْ لَنَا فِي هَٰذِهِ الدُّنْيَا
حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ إِنَّا هُدْنَا إِلَيْكَ

Dan tetapkanlah untuk Kami kebaikan dalam dunia ini dan juga di akhirat, sesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepadaMu

PAUTAN

Scroll to Top