Surah Abasa Terjemahannya ialah Dia Bermasam Muka
Ia adalah Surah ke 80 dan terdiri dari 42 ayat Al Quran
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
عَبَسَ وَتَوَلَّىٰ (١)
(1) Ia memasamkan muka dan berpaling
أَن جَاءَهُ الْأَعْمَىٰ (٢)
(2) Kerana ia didatangi orang buta.
وَمَا يُدْرِيكَ لَعَلَّهُ يَزَّكَّىٰ (٣)
(3) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui (tujuannya, wahai Muhammad) ? Barangkali ia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran ugama yang didapatinya daripadamu)!
أَوْ يَذَّكَّرُ فَتَنفَعَهُ الذِّكْرَىٰ (٤)
(4) Ataupun ia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu memberi manfaat kepadanya.
أَمَّا مَنِ اسْتَغْنَىٰ (٥)
(5) Adapun orang yang merasa keadaannya telah cukup, tidak berhajat lagi (kepada ajaran Al-Quran),
فَأَنتَ لَهُ تَصَدَّىٰ (٦)
(6) Maka engkau bersungguh-sungguh melayaninya.
وَمَا عَلَيْكَ أَلَّا يَزَّكَّىٰ (٧)
(7) Padahal engkau tidak bersalah kalau ia tidak mahu membersihkan dirinya (dari keingkarannya).
وَأَمَّا مَن جَاءَكَ يَسْعَىٰ (٨)
(8) Adapun orang yang segera datang kepadamu,
وَهُوَ يَخْشَىٰ (٩)
(9) Dengan perasaan takutnya (melanggar perintah-perintah Allah),
فَأَنتَ عَنْهُ تَلَهَّىٰ (١٠)
(10) Maka engkau berlengah-lengah melayaninya.
كَلَّا إِنَّهَا تَذْكِرَةٌ (١١)
(11) Janganlah melakukan lagi yang sedemikian itu! Sebenarnya ayat-ayat Al-Quran adalah pengajaran dan peringatan (yang mencukupi).
فَمَن شَاءَ ذَكَرَهُ (١٢)
(12) Maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil peringatan daripadanya.
فِي صُحُفٍ مُّكَرَّمَةٍ (١٣)
(13) (Ayat-ayat Suci itu tersimpan) dalam naskhah-naskhah yang dimuliakan,
مَّرْفُوعَةٍ مُّطَهَّرَةٍ (١٤)
(14) Yang tinggi darjatnya, lagi suci (dari segala gangguan),
بِأَيْدِي سَفَرَةٍ (١٥)
(15) (Terpelihara) di tangan malaikat-malaikat yang menyalinnya dari Lauh Mahfuz
كِرَامٍ بَرَرَةٍ (١٦)
(16) (Malaikat-malaikat) yang mulia, lagi yang berbakti.
قُتِلَ الْإِنسَانُ مَا أَكْفَرَهُ (١٧)
(17) Binasalah hendaknya manusia (yang ingkar) itu, betapa besar kekufurannya?
مِنْ أَيِّ شَيْءٍ خَلَقَهُ (١٨)
(18) (Tidakkah ia memikirkan) dari apakah ia diciptakan oleh Allah?
مِن نُّطْفَةٍ خَلَقَهُ فَقَدَّرَهُ (١٩)
(19) Dari air mani diciptakanNya, serta dilengkapkan keadaannya dengan persediaan untuk bertanggungjawab
ثُمَّ السَّبِيلَ يَسَّرَهُ (٢٠)
(20) Kemudian jalan (baik dan jahat), dimudahkan Tuhan kepadanya (untuk menimbang dan mengambil mana satu yang ia pilih)
ثُمَّ أَمَاتَهُ فَأَقْبَرَهُ (٢١)
(21) Kemudian dimatikannya, lalu diperintahkan supaya ia dikuburkan.
ثُمَّ إِذَا شَاءَ أَنشَرَهُ (٢٢)
(22) Kemudian apabila Allah kehendaki dibangkitkannya (hidup semula).
كَلَّا لَمَّا يَقْضِ مَا أَمَرَهُ (٢٣)
(23) Janganlah hendaknya ia kufur ingkar lagi! Sebenarnya ia belum menunaikan apa yang diperintahkan kepadanya.
فَلْيَنظُرِ الْإِنسَانُ إِلَىٰ طَعَامِهِ (٢٤)
(24) (Kalaulah ia tidak memikirkan asal dan kesudahan dirinya), maka hendaklah manusia melihat kepada makanannya (bagaimana kami mentadbirkannya)
أَنَّا صَبَبْنَا الْمَاءَ صَبًّا (٢٥)
(25) Sesungguhnya kami telah mencurahkan hujan dengan curahan yang menakjubkan.
ثُمَّ شَقَقْنَا الْأَرْضَ شَقًّا (٢٦)
(26) Kemudian kami belah-belahkan bumi dengan belahan yang sesuai dengan tumbuh-tumbuhan,
فَأَنبَتْنَا فِيهَا حَبًّا (٢٧)
(27) Lalu Kami tumbuhkan pada bumi biji-bijian,
وَعِنَبًا وَقَضْبًا (٢٨)
(28) Dan buah anggur serta sayur-sayuran,
وَزَيْتُونًا وَنَخْلًا (٢٩)
(29) Dan Zaitun serta pohon-pohon kurma,
وَحَدَائِقَ غُلْبًا (٣٠)
(30) Dan taman-taman yang menghijau subur,
وَفَاكِهَةً وَأَبًّا (٣١)
(31) Dan berbagai buah-buahan serta bermacam-macam rumput,
مَّتَاعًا لَّكُمْ وَلِأَنْعَامِكُمْ (٣٢)
(32) Untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu.
فَإِذَا جَاءَتِ الصَّاخَّةُ (٣٣)
(33) Kemudian (ingatlah keadaan yang berlaku) apabila datang suara jeritan yang dahsyat,
يَوْمَ يَفِرُّ الْمَرْءُ مِنْ أَخِيهِ (٣٤)
(34) Pada hari seseorang itu lari dari saudaranya,
وَأُمِّهِ وَأَبِيهِ (٣٥)
(35) Dan ibunya serta bapanya,
وَصَاحِبَتِهِ وَبَنِيهِ (٣٦)
(36) Dan isterinya serta anak-anaknya.
لِكُلِّ امْرِئٍ مِّنْهُمْ يَوْمَئِذٍ شَأْنٌ يُغْنِيهِ (٣٧)
(37) Kerana tiap-tiap seorang dari mereka pada hari itu, ada perkara-perkara yang cukup untuk menjadikannya sibuk dengan hal dirinya sahaja.
وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ مُّسْفِرَةٌ (٣٨)
(38) Muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri.
ضَاحِكَةٌ مُّسْتَبْشِرَةٌ (٣٩)
(39) Tertawa, lagi bersuka ria,
وَوُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ عَلَيْهَا غَبَرَةٌ (٤٠)
(40) Dan muka (orang-orang yang ingkar) pada hari itu penuh berdebu,
تَرْهَقُهَا قَتَرَةٌ (٤١)
(41) Diliputi oleh warna hitam legam dan gelap-gelita.
أُولَٰئِكَ هُمُ الْكَفَرَةُ الْفَجَرَةُ (٤٢)
(42) Mereka itu ialah orang-orang yang kafir, yang derhaka.
PAUTAN