Surah Al Humazah Terjemahannya ialah Pengumpat
Ia adalah Surah ke 104 dan terdiri dari 9 ayat Al Quran
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَيْلٌ لِّكُلِّ هُمَزَةٍ لُّمَزَةٍ (١)
(1) Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji,
الَّذِي جَمَعَ مَالًا وَعَدَّدَهُ (٢)
(2) Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya;
يَحْسَبُ أَنَّ مَالَهُ أَخْلَدَهُ (٣)
(3) Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)!
كَلَّا ۖ لَيُنبَذَنَّ فِي الْحُطَمَةِ (٤)
(4) Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam “Al-Hutamah”.
وَمَا أَدْرَاكَ مَا الْحُطَمَةُ (٥)
(5) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia “Al-Hutamah” itu?
نَارُ اللَّهِ الْمُوقَدَةُ (٦)
(6) (Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya), –
الَّتِي تَطَّلِعُ عَلَى الْأَفْئِدَةِ (٧)
(7) Yang naik menjulang ke hati;
إِنَّهَا عَلَيْهِم مُّؤْصَدَةٌ (٨)
(8) Sesungguhnnya api neraka itu ditutup rapat atas mereka.
فِي عَمَدٍ مُّمَدَّدَةٍ (٩)
(9) (Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang.
PAUTAN