Surah Asy Syarh

Surah Asy Syarh / Al Insyirah / An Nasyrah Terjemahannya ialah Melapangkan
Ia adalah Surah ke 94 dan terdiri dari 8 ayat Al Quran

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ (١)

(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?

وَوَضَعْنَا عَنكَ وِزْرَكَ (٢)

(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) –

الَّذِي أَنقَضَ ظَهْرَكَ (٣)

(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ (٤)

(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا (٥)

(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا (٦)

(6) (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

فَإِذَا فَرَغْتَ فَانصَبْ (٧)

(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَارْغَب (٨)

(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

PAUTAN

Scroll to Top